haze.png
cloud_1.png
cloud_2.png
plane_2.png
plane_1_mod.png
Incredibly Clean
and Amazingly Multifunctional
Fully Responsive Template!
pc.png
logo.png
x.png
PREMIUM HTML5 TEMPLATE
Here is Everything to Make
You Enjoy Your Life
Just Feel It!
device_horizontal.png
device_vertical.png
Working by Reading Your Minds,
and Releasing Your Imagination
Feeling Your Emotions
The Smartest and Powerful
Mega Slider
frame.png
You Can Add Any Video
To Your Slides
So Simple!
testing
slide-2.jpg

ROADSHOW INTEGRITI’ ANJURAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA DENGAN KERJASAMA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Institut Integriti Malaysia meneruskan penganjuran Roadshow Integriti 2017, di mana program ini telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang pada 16 Oktober 2017. Program Roadshow Integriti 2017 hari ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan USM. Majlis perasmian yang diadakan di Kampus Induk USM ini disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Farizan Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan taklimat telah diberikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, YBhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

Roadshow Integriti 2017 merupakan salah satu mekanisme integriti untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan dan pengukuhan integriti selari dengan objekif Pelan Integriti Nasional, di mana ia dapat memberi gambaran jelas dalam perencanaan program atau aktiviti integriti agar lebih tersusun, terarah dan sistematik serta meninggalkan kesan dan impak yang menyeluruh ke atas kumpulan sasaran.
Untuk roadshow ini, tiga orang kakitangan PDC turut hadir dalam roadshow ini ialah Encik Shahril Cheah, Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Cik Nur Syuhada Tanwir & Puan Toh Poh Hong.

Date: 
Monday, October 16, 2017 - 08:00 to Thursday, November 2, 2017 - 01:00
Venue: 
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA