1. What is the Corporate Integrity Pledge (CIP)

Corporate Integrity Pledge is a document that enables any organisation to make a commitment to uphold the practice of Anti-Corruption Principles for companies in Malaysia. By signing the pledge, the company has made a declaration to avoid any corrupt practice, and will work towards creating a business environment that is free from corruption, and to uphold the practice of Anti-Corruption Principles for companies in Malaysia when engaging in any business or communicating with business partners and the Government.

 

2. What are the elements of anti-corruption principles for corporations in Malaysia

A  company shall strive to  create  a Malaysian business environment that is free from corruption through the following actions:

  1. Committing to promoting values of integrity, transparency and good governance
  2. Strengthening internal  systems  that  support corruption prevention
  3. Complying with laws, policies and procedures relating to fighting corruption
  4. Fighting any form of corrupt practice
  5. Supporting corruption prevention initiatives by theMalaysian  Government  and Malaysian  Anti-­‐CorruptionCommission  (MACC)

3.Who is issuing this Pledge? Do I have to sign it?

Ikrar ini tidak dikeluarkan di bawah mana-mana badan berkuasa atau pentadbir, tetapi merupakan hasil kerjasama di antara Bursa Malaysia Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Intstitut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Transparency International Malaysia, dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri. Ianya dilaksanakan oleh Insititut Integriti Malaysia, yang juga bertanggungjawab menjaga senarai pengikrar. Ikrar ini adalah peralatan secara sukarela, untuk membantu syarikat mengenalpasti kepentingan langkah-langkah pencegahan rasuah dalam menjadi satu perniagaan yang berdaya saing, untuk beroperasi di dalam pasaran yang semakin sengit dan global. 

4. What are the steps involved in signing procedure

Sila rujuk ke muka surat Bagaimana Berikrar. Anda juga boleh membaca lebih lanjut mengenai Rantaian Nilai CISM di sini.

5. What happens after I sign the Pledge?

Program jangka masa lebih panjang dirumuskan supaya syarikat-syarikat maju perlahan-lahan ke arah penilaian kendiri, mengenalpasti jurang dan juga pelan tindakan untuk menutup jurang tersebut dan akhirnya melaporkan langkah-langkah anti-rasuah, seiring dengan Panduan Laporan PBB tentang Prinsip ke10 di bawah Perjanjian Global. Pihak-pihak yang bekerjasama di bawah Ikrar ini akan membantu penandatangan untuk menghasilkan pelan tindakan bagi menjayakan Ikrar.

6. What are the priviledges of being a Signatory?

Seorang penandatangan merupakan seorang pengguna berdaftar yang telah melengkapkan ikrar dan ikrarnya telah pun disahkan. Setiap penandatangan akan mempunyai sebuah muka surat khas syarikat.

Sebagai seorang penandatangan, anda akan boleh:

  • Mengarang dan menguruskan artikel-artikel sendiri
  • Mencipta dan menguruskan acara-acara sendiri
  • Memuat naik dan menguruskan album-album foto sendiri
  • Melihat acara-acara, artikel-artikel serta album-album foto syarikat-syarikat lain di dalam kumpulan anda

7. What is the effect of signing the Pledge?

Kesannya adalah dua lapis: pertama, syarikat tersebut akan menzahirkan bagaimana ia beroperasi, dan ini akan termaktub dalam penulisan - seterusnya menjadi panduan kepada syarikat dalam mengadakan interaksi bisnes, sekiranya ia terdedah kepada kemungkinan membenarkan sebarang bentuk bayaran ataupun apa-apa juga tindakan lain yang boleh menyebabkan rasuah. Keduanya, syarikat boleh meletakkan diri di hadapan pesaing-pesaing dengan menunjukkan kepada pihak-pihak berkepentingan di dalam syarikat yang operasi bisnes syarikat tidak mempunyai risiko tersembunyi yang berkaitan dengan rasuah. Dengan menandatangani ikrar ini, syarikat juga akan tersenarai dalam daftar penandatangan pada laman web CISM ini, serta boleh dicapai dari laman web Bursa Malaysia Berhad.

8. Is adherence to the Pledge monitored?

Ikrar ini adalah satu alat untuk digunakan oleh syarikat-syarikat , dan bukannya satu peraturan. Melanggar ikrar - contohnya jika syarikat tersebut disabitkan terlibat dengan rasuah pada hari kemudian - Ikrar ini tidak boleh memberi apa-apa kesan dari segi undang-undang. Sebaliknya, Ikrar ini merupakan satu usaha pemantauan diri sendiri, untuk memenuhi keperluan pihak-pihak berkepentingan, selari dengan model yang diterima pakai dalam 10th Principle of the UN Global Compact. Oleh itu, kepatuhan kepada Ikrar ini dipantau sama seperti pantauan yang dibuat ke atas semua pendedahan tanpa-mandat oleh mana-mana syarikat kepada pihak berkepentingannya - iaitu mengikut tahap kehalusan yang dipinta oleh pihak berkepentingannya. Menandatangani Ikrar ini, serta penyenaraian nama syarikat di dalam daftar penandatangan Ikrar, juga tidak bermakna yang syarikat itu mendapat apa-apa sijil, semakan atau kajian yang dijalan oleh Institut Integriti Malaysia ataupun mana-mana pihak berkuasa atau badan lain yang berkerjasama dalam peralatan ini untuk menyokong integriti syarikat yang menandatangan. Bagaimanapun, satu sistem sedang dibangunkan untuk memperkemaskan lagi senarai penandatangan, supaya akhirnya semakan menyeluruh dapat dibuat untuk mengenal pasti sekiranya ada syarikat yang telah melanggar ikrar yang dibuat.

9. What happens if I know there is corruption at a company? Does this Pledge help me?

You should report any instances of breaches of laws or regulations to the relevant regulator, and report any corruption to the Malaysian Anti-Corruption Commission (you can call their toll-free hotline at 1-800-88-6000). This Pledge is an additional tool for companies, to encourage them to work on their own anti-corruption programme and internal systems and processes. Thus, it helps a company to make a first step toward creating the means to reduce corruption and increase chances of detecting it. It does not change the existing laws or law enforcement infrastructure relating to corruption.

Anda patut melaporkan sebarang kejadian yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa, dan melaporkan sebarang rasuah kepada Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (anda boleh memanggil mereka di nombor bebas tol 1-800-88-6000). Ikrar ini adalah alat tambahan untuk syarikat-syarikat, untuk menggalakkan mereka menggerakkan program, serta sistem-sistem dan proses-proses anti-rasuah dalaman. Seterusnya, ia membantu syarikat membuat langkah pertama ke arah mengurangkan rasuah dan menambahkan peluang untuk mengesan rasuah. Ia tidak mengubah mana-mana peraturan dan penguatkuasaan peraturan sedia-ada yang berkaitan dengan rasuah.

10. What is the Corruption Integrity Agreement?

For companies that want to begin incorporating an anti-corruption policy in its interactions with business partners, the Corporate Integrity Agreement is a good way to start extending your commitment to them. In addition to your declaration of your commitment via the Pledge, you can enter into a bilateral commitment with your business counterpart, whether it be a vendor, supplier, JV partner or any other counterpart to operate using the same Principles. This agreement can be entered into independently or incorporated into the documentation of your existing contractual relationship.

Bagi syarikat-syarikat yang ingin memasukkan polisi anti-rasuah di dalam interaksi dengan rakan-rakan perniagaannya, Perjanjian Integriti Korporat merupakan satu cara yang bagus untuk mengembangkan komitmen anda kepada mereka. Sebagai tambahan kepada perisytiharan komitmen anda melalui Ikrar, anda juga boleh membuat komitmen dua hala dengan rakan perniagaan anda, baik dengan vendor, pembekal, rakan kongsi niaga, atau mana-mana jua pihak untuk beroperasi menggunakan Prinsip yang sama. Perjanjian ini boleh dimeterai secara berasingan atau dimasukkan ke dalam dokumen kontrak sedia ada anda.

11. What are the effects from signing the Corporate Integrity Agreement?

Borang Perjanjian Integriti Korporat yang disediakan merupakan satu cara untuk syarikat-syarikat mencapai persetujuan dalam polisi hubungan bisnes yang bersih antara kedua pihak, dan kepatuhan kepada terma-terma perjanjian ini tidak dipantau oleh mana-mana badan berkanun atau agensi. Apabila dimeterai, terma-terma yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak dan akan berjalan seperti mana-mana terma kontrak yang lain. Sebarang hukuman atau tindakan akibat melanggar terma-terma itu haruslah ditetapkan bersama oleh kedua-dua pihak di dalam dokumen kontrak yang sebenar.