haze.png
cloud_1.png
cloud_2.png
plane_2.png
plane_1_mod.png
Incredibly Clean
and Amazingly Multifunctional
Fully Responsive Template!
pc.png
logo.png
x.png
PREMIUM HTML5 TEMPLATE
Here is Everything to Make
You Enjoy Your Life
Just Feel It!
device_horizontal.png
device_vertical.png
Working by Reading Your Minds,
and Releasing Your Imagination
Feeling Your Emotions
The Smartest and Powerful
Mega Slider
frame.png
You Can Add Any Video
To Your Slides
So Simple!
testing
slide-2.jpg

Soalan Lazim

Malay

Apa itu Ikrar Integriti Korporat (CIP)?

Ikrar Integriti Korporat (CIP) adalah satu dokumen yang membenarkan sesebuah syarikat untuk memberikan komitmen demi menegakkan Prinsip Anti-Rasuah di Malaysia. Dengan berikrar, syarikat tersebut mengisytiharkan mereka tidak akan terlibat dengan rasuah, dan akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas dari rasuah selain dari menegakkan Prinsip Anti-Rasuah Untuk Syarikat-Syarikat di Malaysia dalam aktiviti perniagaan dan juga interaksi dengan rakan niaga dan Kerajaan.

Apakah elemen-elemen bagi Prinsip Anti-Rasuah Korporat di Malaysia?

Sesebuah syarikat perlu berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas dari rasuah di Malaysia melalui tindakan-tindakan berikut:
a. Memberi komitmen dalam menyebarkan nilai-nilai integriti, ketelusan dan juga tadbir urus yang bagus.
b. Memperkuatkan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah.
c. Mematuhi undang-undang, polisi-polisi dan prosedur yang berkaitan.
d. Memerangi sebarang bentuk aktiviti yang menjadi rasuah.
e. Menyokong inisiatif pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siapakah yang mengeluarkan Ikrar ini? Mestikah saya menandatanganinya?

Ikrar ini tidak dikeluarkan oleh mana-mana badan berkanun atau penyelaras, sebaliknya merupakan hasil kerjasama antara Bursa Malaysia Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Transparency International Malaysia dan juga Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri.

Ikrar ini merupakan satu ikrar yang bebas dan syarikat-syarikat digalakkan untuk menandatangani Ikrar ini secara sukarela, bagi menunjukkan komitmen mereka di dalam mempromosikan persekitaran perniagaan yang bebas rasuah dan berdaya saing secara sihat.

Apakah langkah-langkah dalam prosedur menandatanganinya?

Sila rujuk ke laman Bagaimana Berikrar.

Apakah yang perlu saya lakukan selepas menandatangani Ikrar?

Pihak syarikat perlu membangunkan program berkaitan 10 inisiatif anti-rasuah sebagaimana yang terkandung di dalam Program CIP. Ini adalah penting untuk membantu pihak syarikat mendukung prinsip-prinsip anti-rasuah yang telah dipersetujui.

Di dalam proses membangunkan inisiatif anti-rasuah, pihak syarikat perlu melaksanakan penilaian kendiri bagi menilai jurang pelaksanaan secara berterusan sehingga insiatif itu lengkap dibangunkan dan seterusnya melaporkan perkembangan pembangunan inisiatif kepada pihak SPRM secara tahunan.

Apakah kelebihan sebagai penandatangan CIP?

Penandatangan CIP akan memiliki laman khusus di dalam Portal ini untuk mempromosikan dan berkongsi sebarang program, artikel dan aktiviti yang berkaitan integriti dan tadbir urus yang baik. Penandatangan juga berpeluang melihat aktiviti, gambar serta membaca artikel yang dimuat naik oleh pengguna lain.

Apakah kelebihan menandatangani CIP?

Syarikat akan dapat membuat pendirian yang tegas tentang bagaimana memerangi rasuah – ini akan termaktub secara bertulis dan menjadi panduan untuk syarikat mengendalikan perniagaan. Kemudian, syarikat boleh menjadikan Ikrar ini satu kelebihan berbanding pesaing-pesaingnya dengan menunjukkan kepada pihak-pihak berkepentingan yang operasi perniagaannya tiada risiko dan kos tersembunyi yang berkaitan dengan rasuah. Dengan menjadi penandatangan juga, anda akan tersenarai dalam daftar penandatangan yang boleh dilihat oleh umum di portal ini.

Adakah pelaksanaan Ikrar ini dipantau?

Ya. Pelaksanaan Ikrar ini akan dipantau berdasarkan 10 Inisiatif Pencegahan Rasuah yang telah dibangunkan dalam program ini. Pemantauan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan di samping memberi khidmat rundingan penambahbaikan dalam usaha meningkatkan kualiti program integriti dan tadbir urus syarikat, sejajar dengan model yang diguna pakai di bawah 10th Principle of the UN Global Compact.

Ikrar ini merupakan satu langkah proaktif yang dilaksanakan oleh syarikat secara sukarela maka sebarang ketidakpatuhan ke atas Ikrar ini tidak tertakluk dibawah mana-mana undang-undang Malaysia.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya mengetahui yang rasuah berlaku dalam mana-mana organisasi? Adakah ikrar ini dapat membantu saya?

Ya, kerana dengan melaksanakan Ikrar ini pihak syarikat telah berjanji untuk mengukuhkan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah, dan ini termasuk membangunkan polisi pemberi maklumat, polisi rujukan dan pelaporan anti-rasuah. Ini akan membantu secara langsung proses pelaporan kes-kes berkaitan rasuah kepada pihak SPRM.