haze.png
cloud_1.png
cloud_2.png
plane_2.png
plane_1_mod.png
Incredibly Clean
and Amazingly Multifunctional
Fully Responsive Template!
pc.png
logo.png
x.png
PREMIUM HTML5 TEMPLATE
Here is Everything to Make
You Enjoy Your Life
Just Feel It!
device_horizontal.png
device_vertical.png
Working by Reading Your Minds,
and Releasing Your Imagination
Feeling Your Emotions
The Smartest and Powerful
Mega Slider
frame.png
You Can Add Any Video
To Your Slides
So Simple!
testing
slide-2.jpg

Sistem Integriti Korporat Malaysia

     Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) Ialah rangka kerja konsepsual atas inisiatif integriti oleh Institut Integriti Malaysia dan disokong oleh pihak berkepentingan institusi ekonomi iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (Bursa), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Transparency International Malaysia (TI-M). Rangka Kerja CISM adalah untuk menyokong inisiatif integriti korporat di bawah hala tuju Model Baru Ekonomi Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Sasaran 3 Pelan Integriti Nasional (NIP) iaitu untuk meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat. Komitmen jangka panjang dan rasa pemilikan oleh semua pihak berkepentingan ialah faktor kunci kejayaan bagi memenuhi objektifnya.

Model CISM

Asas CISM terletak pada orang-orang di belakangnya dan untuk mendidik orang-orang tersebut mengamalkan sikap berintegriti ialah dengan memahami apakah yang mendorong atau mempengaruhi perwatakan mereka. Untuk tujuan ini, kita meminjam daripada Model Ekonomi Baru yang menggabungkan elemen berpendapatan tinggi, penglibatan dan kelangsungan. Walau bagaimanapun, kawasan bertindih itu kami gantikan dengan Kepercayaan. Untuk menerbitkan suasana integriti korporat yang betul, keperluan asas seharian kaki tangan mestilah merupakan sesuatu yang boleh dipercayai masyarakat. Bagaimana pula dengan pernglibatan? Seorang pekerja yang merasakan dirinya sebahagian dari organisasi, memahami bagaimana peranan yang dimainkannya boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi serta faham mengapa dia perlu berlaku adil sepanjang masa, orang ini lebih susah untuk terjebak dengan aktiviti yang salah atau jenayah. Kedua-dua ini seterusnya menyumbang kepada kelangsungan – di mana dia boleh bersikap beretika dan memberi yang terbaik sepanjang masa. Mengapa? Kerana mereka ini sudah menemui erti sebenar kepercayaan dalam kehidupan kerja mereka, dan ini seterusnya menyumbang kepada kelangsungan yang menyeluruh.

Rantaian Nilai CISM

Rantaian Nilai CISM mengenal pasti jurang dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan yang mengimpikan integriti korporat. Pelaksanaan CISM memerlukan semua pihak-pihak berkepentingan memainkan peranan dan mempunyai komitmen jangka panjang terhadap inisiatif ini. Ini adalah seiring dengan sasaran-sasaran integriti korporat dan etika perniagaan di bawah Model Ekonomi Baru (NEM), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) – khususnya dalam NKRA Memerangi Rasuah dan Pelan Integriti Nasional (NIP).

CISM Value Chain